SAH Larangan Mengambil Gambar Dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
SAH Larangan Mengambil Gambar Dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kuala Lumpur, 29 November 2017. Lembaga Tabung Haji ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah mendapat surat makluman rasmi darpiada Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri berkaitan larangan bergambar di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
SAH Larangan Mengambil Gambar Dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Jemaah Haji Malaysia disarankan mematuhi segala peraturan semasa di tanah suci dan terus menjaga nama baik negara berdasarkan kepada pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai negara yang mempunyai jemaah haji yang berdisplin dan mematuhi undang-undang.
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga Tabung Haji.
Post a Comment