Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2018 Penjawat Awam
Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2018 Penjawat Awam. Berikut merupakan Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2018 Penjawat Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Semoga dengan adanya tarikh pembayaran gaji 2018 ini membantu anda merancang tahun 2018 anda dengan baik.
Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2018 Penjawat Awam
Seperti yang diketahui ramai pembayaran gaji dibayar mengikut kesesuaian dan perayaan yang jatuh pada bulan tersebut. Oleh itu terdapat beberapa bulan yang mana gaji dibayar awal bagi membolehkan kita menggunakan gaji untuk menyambut perayaan tersebut.
Akan tetapi anda dinasihatkan agar lebih berhemat dalam berbelanja agar tidak menampung hutang mahupun kekurangan wang bagi menanti gaji bulan seterusnya. Bagi mereka yang kali pertama ingin login ke penyata gaji kerajaan sila daftar terlebih dahulu di Cara Daftar Sistem e-Penyata Gaji.
Lihat jadual gaji yang disediakan dibawah ini untuk melihat tarikh pembayaran gaji 2018.
Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2018
JANUARI – 25/01/2018 (Khamis)
FEBRUARI – 08/02/2018 (Khamis) – Tahun Baru Cina 16-17 Februari 2018
MAC – 22/03/2018 (Khamis)
APRIL – 25/04/2018 (Rabu)
MEI – 24/05/2018 (Khamis)
JUN – 07/06/2018 (Khamis) – Hari Raya Aidilfitri 15-16 Jun 2018
JULAI – 25/07/2018 (Rabu)
OGOS – 14/08/2018 (Selasa) – Hari Raya Aidiladha 22 Ogos 2018
SEPTEMBER – 25/09/2018 (Selasa)
OKTOBER – 25/10/2018 (Khamis)
NOVEMBER – 22/11/2018 (Khamis) – Hari Deepavali 6 November 2018
DISEMBER – 24/12/2018 (Isnin)
sumber : Gaji Penjawat Awam 2018
klik gambar untuk zoom dan klik kanan save picture untuk download jadual
Post a Comment