Tips Mengekalkan Hati Sihat





Tips Mengekalkan Hati Sihat

Penjagaan hati dan penganbilan langkah-langkah pencegahan adalah penting untuk
merendahkan risiko penyakit-penyakit hati. Bagi pesakit yang mempunyai
penyakit-penyakit hati kronik, langkah-langkah mudah yang sama serta berkesan
boleh diambil untuk melambatkan perkembangan penyakit.

* Kurangkan beban hati anda dengan mengambil diet yang seimbang, kurang lemak,
kurang garam serta berserat tinggi.
* Dapatkan vaksinasi bagi mencegah jangkitan hepatitis A dan B. Gunakan kondom
semasa melakukan perhubungan seks dan hindari diri daripada bersentuhan dengan darah
atau cecair badan individu-individu yang telah dijangkiti.
* Amalkan penjagaan kebersihan peribadi yang baik seperti membasuh tangan selepas
menggunakan tandas atau sebelum makan.
* Kurangkan atau hindar pengambilan alkohol. Jika anda sedang mengalami
penyakit hati yang kronik, pengelakan sepenuhnya dari alkohol adalah penting.
Langkah ini mungkin dapat membaikpulih sesetengah kerosakan akibat penyakit hati
kronik dan mengelakkan daripada memburukkan lagi keadaan. Ia juga
menolong meningkatkan kesan terhadap rawatan.
* Selalu bersenam. Senaman menolong mengurangkan berat badan pesakit-pesakit
yang mengalami penyakit hati kronik atau obesiti.
* Makan khasiat tambahan yang menolong menjaga fungsi hati.
*diambil dari hospital selayang sewaktu melawat paksu sakit..

Tips Mengekalkan Hati Sihat

1 ulasan

Sayidah Napisah berkata...

share gambar hati tu ye.terima kasih :)

Dikuasakan oleh Blogger.