Anak Gadis Suka Bergayut
Anak Gadis Suka Bergayut
Seorang ayah mempunyai anak gadis yang suka sangat ‘bergayut’ kat telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah…
Suatu hari.. telefon berdering, anak gadisnya bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai… Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa…
“Tunggu sekejap…. Siapa yang talefon tu?” tanya ayahnya kehairanan..
“Tak tahu la ayah… salah Nombor! ” jawab anaknya sambil tersengih..
Post a Comment