Apa Itu Insomnia ?
Insomnia
Apa Itu Insomnia ?
Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4-5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.
Gejala-gejala
- Kesukaran untuk tidur.
- Tidur yang putus-putus atau resah.
- Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
- Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
- Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.
Punca-punca
- Tekanan dan kerisauan
- Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising dan kotor, sejuk atau panas.
- Persekitaran baru – cth : Berpindah ke rumah baru.
- Nokturia (kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi kencing.
- Sakit pada penyakit-penyakit tertentu.
- Dicetus oleh ubat, misalannya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik.
- Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik.
Apa yang boleh dilakukan oleh anda
- Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.
- Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.
- Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.
- Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.
- Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur. Di
- sebaliknya, ambil minuman bersusu.
- Bersenam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum masuk tidur.
- Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk.
- Baca sebuah buku yang membosankan.
- Dengar muzik yang lembut.
- Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau
- mengganggu aktiviti harian anda.
- Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang doktor.
Apa yang boleh dilakukan oleh doktor
- Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah.
- Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.
- Pempreskripsi ubat – tablet tidur, jika perlu.
- Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri.
- Hidup dengan gaya hidup yang sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayaan untuk tidur.
Sumber : e-farmasi
Post a Comment