Apa Itu Insomnia ?





Insomnia 

Apa Itu Insomnia ?
Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4-5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.

Gejala-gejala
  • Kesukaran untuk tidur.
  • Tidur yang putus-putus atau resah.
  • Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
  • Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
  • Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.
Punca-punca
  • Tekanan dan kerisauan
  • Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising dan kotor, sejuk atau panas.
  • Persekitaran baru – cth : Berpindah ke rumah baru.
  • Nokturia (kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh     penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi kencing.
  • Sakit pada penyakit-penyakit tertentu.
  • Dicetus oleh ubat, misalannya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik.
  • Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik.
Apa yang boleh dilakukan oleh anda
  • Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.
  • Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.
  • Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.
  • Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.
  • Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur. Di
  • sebaliknya, ambil minuman bersusu.
  • Bersenam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum masuk tidur.
  • Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk.
  • Baca sebuah buku yang membosankan.
  • Dengar muzik yang lembut.
  • Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau
  • mengganggu aktiviti harian anda.
  • Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang doktor.

Apa yang boleh dilakukan oleh doktor
  • Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah.
  • Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.
  • Pempreskripsi ubat – tablet tidur, jika perlu.
  • Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri.
  • Hidup dengan gaya hidup yang sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayaan untuk tidur.
Sumber : e-farmasi

9 ulasan

Tanpa Nama berkata...

hehe..nseb bek tade insomnia..:)

AbgferOz berkata...

izz : heee.. bgus2 :)~

Unknown berkata...

wan pon susah nak tido.tapi bila bangun,leh awal pg.jadi x ckup tdo.mata dh jadi mata panda

.........cP~ berkata...

tekanan perasaan memang boleh buat orang insomnia. tapi, kadang-kadang malam tak boleh tidur, siang pulak mata tak boleh tahan.

AbgferOz berkata...

rozuan : hahaha same la kita :P

cp : eehehe.. jadi kelawar la kowt :P tidur siang je :P

starzieti berkata...

saye susa tido malam n kerap tjage waktu malam. imsomnia ke tuh ? takut la. -.-

Tanpa Nama berkata...

nasib baik mas xalami.hihihi masalah macam ne pun,allhamdullilah xkene sangat.

AbgferOz berkata...

zieti : ntoh.. ciri ciri dia kowt.. heee.. ke nak ada org nyanyikan lagu kowt :P

maya : hehehe bgus2 :) nnti susah plak

Arra Ahmad berkata...

masa belajar dulu ada gak alami..sekarang terlebih tidur..haha

Dikuasakan oleh Blogger.