Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan Bagi Peniaga Kecil, Pemandu e-hailing, Dan Yang Terkesan Covid19
Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan Bagi Peniaga Kecil, Pemandu e-hailing, Dan Yang Terkesan Covid19. Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan Bagi Peniaga Kecil, Pemandu e-hailing, Dan Yang Terkesan Covid19
Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.
BANTUAN ZAKAT KECEMASAN #MUSAADAHCOVID19 MAIWP
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, MAIWP mengambil maklum bahawa ramai terkesan ekoran penularan wabak COVID-19. Oleh itu, MAIWP menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka yang terjejas pendapatan dan tidak menerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.
OBJEKTIF
- Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
- Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
MAIWP akan membuka permohonan Bantuan Zakat Kecemasan secara dalam talian mulai 16 November 2020 sehingga 27 November 2020.
Mereka yang boleh memohon adalah:
𝐚) 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐮 𝐭𝐞𝐤𝐬𝐢/ 𝐞-𝐡𝐚𝐢𝐥𝐢𝐧𝐠
𝐛) 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧
𝐜) 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚-𝐩𝐞𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥
𝐝) 𝐇𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗
𝐞) 𝐋𝐚𝐢𝐧-𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗
Dua syarat utama:
𝒂) 𝑷𝒆𝒎𝒐𝒉𝒐𝒏 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍 𝒅𝒊 𝑾𝒊𝒍𝒂𝒚𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒆𝒌𝒖𝒕𝒖𝒂𝒏 𝑲𝒖𝒂𝒍𝒂 𝑳𝒖𝒎𝒑𝒖𝒓, 𝑳𝒂𝒃𝒖𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝒖𝒕𝒓𝒂𝒋𝒂𝒚𝒂
𝒃) 𝑷𝒆𝒎𝒐𝒉𝒐𝒏 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝑩𝒂𝒏𝒕𝒖𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑩𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏 𝑩𝒂𝒊𝒕𝒖𝒍𝒎𝒂𝒍 𝑴𝑨𝑰𝑾𝑷
Permohonan boleh dibuat menerusi : https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline
Kuala Lumpur : 012 518 3614 / 012 512 7614
Putrajaya : 011 5949 6216 / 011 6303 8443
Labuan : 017 851 6066
Semoga dapat meringankan beban mereka yang terjejas ekoran COVID-19. Terima kasih pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat MAIWP.
Anda juga boleh mohon KWSP i-SINAR Akaun 1 ataupun Elaun Mencari Perkerjaan PERKESO
Post a Comment