Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Nazim Othman dan Amelia Henderson





Full Episod. Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Nazim Othman dan Amelia Henderson. Jangan lupa drama tonton terbaru slot Akasia adaptasi novel Pengantin Satu Malam menggantikan drama 7 Hari Mencintaiku 2 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3 lakonan Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir.

Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Nazim Othman dan Amelia Henderson

Nazim Othman

Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam. Baru sahaja semangatnya kembali Zahred muncul di pintu bilik.
“Tuan Zahred?”
“Zulaikha saya tak peduli apapun masalah awak tapi ini syarikat tempat awak cari makan, jadi tolong bekerja dengan betul-betul.”
Zulaikha berdiri.

“Maaf Tuan Zahred. Saya janji perkara ini tak akan berulang lagi.”
Zulaikha tunduk.
“Siap, ikut saya kita ada meeting dengan dengan Berjaya Cops.
“Tuan Zahred boleh tak kalau saya tak ikut. Meeting itu untuk bahagian pengurusan bukan bahagian teknikal kan?” Zulaikha harap permintaannya dipenuhi. Masih banyak kerja yang harus dilakukan disini.

Mata Zahred sekali lagi tajam memandang Zulaikha.
“Apa maksud awak tak perlu ikut? Meskipun meeting ini tentang pengurusan tapi saya nak awak terangkan pada client sejauh mana projek ini telah dilaksanakan. Saya tunggu di lobi.”
Zulaikha angguk. Zahred majikan dia hanya pekerja yang harus mengikut kata majikan. Mejanya dikemaskan. Beg tangan diambil.
“Kau nak kemana, Zu?” Yani yang mahu ke bilik Zulaikha berhenti.
“Kena ikut bos jumpa berjaya cops. Yani, kalau ada yang datang cari aku bagitahu aku tak ada ya.”

Yani angguk. Dia tersenyum. Dia tahu disebalik senyuman nipis yang dihulurkan oleh Zulaikha ada kesedihan dan derita yang dipendam.
Zahred sedang menanti Zulaikha di meja penyambut tetamu lobi bawah. Zulaikha berjalan menghampiri Zahred. Namun langkahnya ditegur rasul yang muncul di pintu utama.
“Zulaikha, awak nak pergi mana?”
Soalan Rasul buatkan Zahred berpaling.
“Saya nak jumpa client dengan Tuan Zahred.”
“Client? Client mana?” Rasul menyandar di meja penyambut tetamu.
“Ada masalah ke rasul Fadlan?” Mata Zahred melirik pada Rasul.
“No cuma boleh aku ikut?”
Zahred menjeling.

“No kau stay ofis sebab kejap lagi pembekal datang nak bagi sebut harga.”
“Jom.” Arahnya pada Zulaikha.
“Zu…”
Langkah Zahred dan Zulaikha terhenti lagi.
“Ada apa Tuan rasul?”
“Jangan dating lama-lama sangat dengan Zahred. Saya cemburu.” Matanya dikenyitkan sebelum berlalu.
Zulaikha senyum nipis. Mata Zahred pandang Zulaikha.

“Boleh kita pergi sekarang?”
Zulaikha angguk mengeori langkah Zahred ke kereta.
Sebaik sahaja keduanya mengambil tempat di kerusi belakang, Zulaikha kembali membelek telefon bimbitnya. Zahred menjeling. Entah kenapa hatinya gusar dan berdebar. Haruman yang dipakai Zulaikha menusuk terus ke deria baunya.
“Tuan Zahred.” Zulaikha berpaling. Cuma sejengkal memisahkan keduanya.
“Kenapa?”
“Em, meeting ni lama ke?”
Zahred angguk.
“Kenapa awak tak sabar nak jumpa Rasul balik?”
Zulaikha geleng, cepat-cepat dia pandang ke luar cermin tingkap. Cuma yang dia tak tahu sepanjang perjalanan Zahred memandangnya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.