Sekolah Akan Dibuka Semula Pada 24 Jun
Sekolah Akan Dibuka Semula Pada 24 Jun 2020. Setelah beberapa bulan ditutup akibat Virus Covid-19 kini sekolah bakal dibuka semula untuk pembelajaran. Sekolah akan dibuka semula pada hari Rabu, 24 Jun 2020. Sebagai permulaan, hanya murid kelas peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara akan hadir. Perkara ini diumumkan oleh Dr Radzi Jidin Menteri Kanan Pendidikan.
Sekolah Akan Dibuka Semula Pada 24 Jun
Kami di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yakin dengan pematuhan kepada SOP yang disediakan oleh KPM bersama-sama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), sekolah akan dapat beroperasi semula dalam keadaan selamat.
Antara perkara penting yang perlu sentiasa diberi perhatian adalah amalan penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan. Ibu bapa juga perlu memastikan anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
Kerjasama erat ibu bapa, guru, murid dan warga sekolah amat penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah dapat dilaksana dalam keadaan selamat.
Seperti yang saya sebut tadi, kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan. Begitulah peri pentingnya kesepakatan dalam melaksanakan sesuatu dalam kalangan masyarakat.
Kesihatan dan keselamatan murid sentiasa menjadi keutamaan kami.
Post a Comment