Download MySejahtera Untuk Dapatkan RM50 e-Dompet





Download MySejahtera Untuk Dapatkan RM50 e-Dompet @ e-wallet. Bagi menggalakkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi MySejahtera, KERAJAAN akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang menggunakan aplikasi ini.

Download MySejahtera Untuk Dapatkan RM50 e-Dompet

Aplikasi MySejahtera

Bukan hanya untuk e-dompet RM50, MySejahtera ini sebenarnya berfungsi untuk penilaian kesihatan kendiri bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan cepat, tepat dan berkesan untuk mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan dalam masyarakat.

MySehjatera juga boleh digunakan untuk memasuki premis perniagaan dengan menggunakan QR Code yang disediakan didalam aplikasi tersebut tanpa memerlukan anda menulis pada kertas atau borang yang disediakan pihak premis semuanya diisi secara online.

Anda boleh membuat muat turun aplikasi ini di gudang aplikasi anda melalui nama MySejahtera yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia seperti gambar dibawah.

Pembayaran e-wallet ini dijangka dibuat pada bulan Julai nanti.

Aplikasi MySejahtera

Aplikasi MySejahtera mempunyai beberapa proses pendaftaran untuk memastikan:

  1. Aplikasi ini selamat digunakan.
  2. Kesahihan maklumat.

Proses pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran nombor telefon atau e-mel.
  2. Verifikasi nombor telefon atau e-mel melalui OTP.
  3. Pengaktifan akaun setelah mendapat sms atau e-mel pengaktifan. Ini akan dilakukan secara berperingkat.

Semua yang mendaftar akan berjaya mengaktifkan akaun mereka.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.