15 Lagi Kes Baharu Positif Covid-19
15 Lagi Kes Baharu Positif Covid-19. Pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah petang tadi berkongsikan situasi terkini 22 Jun 2020 COVID19 di Malaysia, Sebanyak 15 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 8,587 kes.
15 Lagi Kes Baharu Positif Covid-19
Daripada 15 kes baru, tiada penularan tempatan bagi warganegara, 13 kes bagi bukan warganegara manakala 2 kes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
21 kes telah pulih menjadikan 8,177 pesakit telah pulih dan discaj.
Tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 121 kes.
Pecahan Kes baharu = 15
a) melibatkan kes import= 2 (Warganegara)
i) 1 kes import balik dari Turnisia (Selangor)
ii) 1 kes import dari Singapura (Johor)
b) melibatkan kes penularan tempatan= 13
i) kes warganegara= 0
ii) kes bukan warganegara= 13
PERINCIAN KES PENULARAN TEMPATAN (13 KES)
SELANGOR – 1 KES:
1 Kes saringan pra-pembedahan di Hospital Selayang (Warganegara India)
NEGERI SEMBILAN – 12 KES
12 Kes dari Kluster Pedas
Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKPP boleh hubungi hotline 03-88882010.
Post a Comment