Punca Kenapa Anak Penat dan Mengantuk Dalam Kelas





Punca Kenapa Anak Penat dan Mengantuk Dalam Kelas. Tadi ada seorang ibu membawa anaknya yang diambil dari asrama. Masuk tahun ke dua di sekolah berasrama penuh itu.

Punca Kenapa Anak Penat dan Mengantuk Dalam Kelas

kepala dalam bag“Doktor, anak saya ini macam penat jer kat sana. rasa mengantuk selalu..” “Kadang kala masa cikgu mengajar pun dia boleh terlelap”

Alamak. Macam saya di sekolah berasrama dulu ketika mengikuti program Matrikulasi. Dua tahun.

Saya bangun pukul 5am, di kala rakan yang lain masih berselimut. saya mandi dan ke surau. Solat sunat, zikir dan berdoa.

Bila subuh ada rakan yang azan. Suara sedap. Saya sangat low profile. Duduk di ceruk surau, dalam cahaya samar-samar sambil mengira biji tasbih.

Habis subuh, saya masih habiskan wirid pagi. kemudian mandi dan bergegas mengenakan pakaian.

Bersarapan. ALLAH… manisnya kopi dan teh. Macam tertumpah guni gula dalam koleh kopi dan teh ini. Sarapan roti dan butter. Makanan sihat konon..

Pukul 10 am, mata sudah tak boleh buka. Mengantuk sangat. Bila rehat minum lagi teh manis. Masa tu minum sajalah. Agaknya warden tak pernah perhatikan kualiti makan yang disediakan. Kita sebagai budak sekolah, makan sajalah apa yang disediakan. Tak baik melawan. Silap-silap kena penampar.

Masa paling mengantuk waktu tengahari. Lepas zohor dan makan, mengadap muka cikgu. Macam samar-samar jer. Kadang-kadang tewas. Tidur gaya ‘main snooker’.

Rupanya bila saya perhatikan semula (setelah jadi doktor), punca utama ialah minuman yang manis dan kurang minum air kosong. Saya jadi dehidrasi. Mudah letih dan mengantuk. Tak “napping” masa tengahari.

kedua-dua perkara ini sangat penting untuk kesegaran tubuh dan minda yang aktif.

Alhamdulillah, anak-anak saya sudah latih minum air kosong. Paksa. Lama-lama jadi minat. Tak pernah bagi air manis.

Perhatikan anak-anak kita. Galakkan minum air kosong kalau kita mahu mereka sihat.

Semoga bermanfaat. Dah nak balik ni …7pm. Esok saya kongsi lagi pengalaman.

kredit : Dr Zubaidi Hj Ahmad

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.