Cara Sambung Komputer Ke TV Menggunakan Kabel HDMI
Cara Sambung Komputer Ke TV Menggunakan Kabel HDMI. Akhirnya impian untuk menyambung komputer ke TV terlaksana dengan menggunakan kabel HDMI ke DVI dengan sedikit bantuan dari member yang lebih mengetahui tentang komputer bekerja di lowyatt.
Cara Sambung Komputer Ke TV Menggunakan Kabel HDMI
Minggu lepas berkesempatan untuk singgah di lowyat selepas balik kerja untuk mencari kabel bagi sambung dari komputer ke TV. Ingat tangkap gambar belakang TV dah cukup untuk cari kabel rupanya masih tak cukup. Kita perlukan gambar belakang CPU sekali untuk tau sambungan yang betul untuk ditunjukkan kepada pekerja barang komputer.
Nasib baik yang bekerja di kedai komputer itu kawan sekolah lama so boleh la bantu bantu sambil minta bantuan ayah untuk tangkap gambar belakang CPU. Sempat juga kena bebel dengan kawan kerja kedai komputer “hari hari main komputer pun taktau ke cpu guna sambungan ape.. hahaha sabar jela dengar bebelan dia.
macam TV aku pakai jenis HDMI ada 2 port HDMI 1 dan HDMI 2 so ada dua port aku tak perlu cabut HDMI 1 untuk sambung aku just letak kat HDMI 2 nanti ambik remote tv pilih je HDMI 2 untuk option.
Bagi CPU pula port aku jenis DVI so aku just beli kabel sambung jenis DVI ke HDMI tak perlu sambungan lain. Just cari 1 kabel sambung DVI ke HDMI. Tapi pastikan sebelum buat sambungan anda tutup tv dan komputer dahulu bagi mengelakkan litar pintas atau kekejungan hahaha..
Sekiranya anda punya port jenis lain better anda tanya dengan kedai komputer itu sendiri sebab itu lebih baik tangkap gambar belakang TV dan CPU bagi memudahkan anda untuk merujuk atau bertanya kepada pekerja kedai komputer sambungan yang sesuai untuk tv dan komputer anda.
sebenarnya mudah juga tapi kena rajin bertanya. Malu bertanya sesat jalan.. musim bola dah nak tiba senang kalau nak layan bola kat tv besar baru ada feel. Lagi lagi melibatkan game luar negara yang tiada live.
Post a Comment