Kisah Lawak Dalam LRT





Kisah Lawak Dalam LRT

Cerita Lawak
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu
berdiri betul betul didepan seorang pemuda. 
Seketika kemudian pemuda
itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, 
gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, 
“Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. 
Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.Dia sedikit jengkil kerana ditolak 
oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi 
sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat 
hingga didengari oleh lain lain penumpang, 
“Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” 
Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
”Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? 
Apa punya perasan lah dia ni?!!!”
(KALU PERASAN SANGAT PUN SUSAH)
Kisah Lawak Dalam LRT
Cerita Lawak

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.