Sakit Ketika Haid



Sakit Ketika Haid

SAKIT KETIKA HAID
Remaja atau remaja belasan tahun seringkali mengalami rasa tidak selesa atau sakit ketika datang haid. Ia bermula antara 6 bulan hingga 2 tahun dari kedatangan haid yang pertama. Keadaan ini juga dikenali sebagai dismenorhea atau kekejangan haid.

Apakah Penyebabnya?
- Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
- Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.

Gejala-Gejala Biasa
- Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
- Kelesuan
- Loya dan muntah
- Sakit kepala
- Keletihan dan pening
- Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.

Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)

Primer:
- Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.

Sekunder:
- Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).

Penjagaan sendiri
- Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
- Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
- Mandi dengan air suam.
- Urut di bahagian yang sakit.
- Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
- Teknik-teknik relaksasi
- Banyakkan berehat
- Atasi stres anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
- Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
- Pengawalan pemakanan.
- Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
- Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda .

Rawatan
Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:

- Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen. Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
- Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan kesakitan haid primer.
- Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
- Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
- Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada. 


Sumber : PMR


4 comments

Nurlyla said...

thanks.. lyla asal period sja memang akan skit.. rsa macam nak pngsan.. kalau pngsan lgi bagus, tak rasa sangat..

Nurlyla said...

lakukan senaman ringan adalah yg pling brkesan utk lyla.

yusuflaili(Goku) said...

tak tahulah rasa..cam mana sakitnya ketika datang bulan.

AbgferOz said...

Nurlyla : heee... kalu tak ok check doktor.. :)

yusuf : errr tamo tamo.. tengok muke kwan2 dah cukup..

Powered by Blogger.