Kelebihan Berwuduk
Kelebihan Berwuduk
Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
”Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk,
maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa
yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama dengan titisan air yang akhir.
Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya
segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau
bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya
keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau
bersama titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa.”
Kelebihan Berwuduk
Post a Comment