Azab Seksa tidak Menegah Orang yang berlaku Zalim






Riwayat: 
 Abu Daud, at-Tirmidzi dan An-Nasaie

Daripada Abu Bakar RA katanya, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu membaca ayat ini yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman jagalah sahaja diri kamu, (daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah) orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya)” al-Ma’idah : 105. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya para manusia apabila melihat orang yang zalim tetapi tidak menegahnya nescaya dibimbangi Allah akan meratakan seksa ke atas mereka dengan azab.”


Huraian Hadith: 
  1. Mencegah kezaliman dan kemungkaran adalah suatu kewajipan kepada setiap umat Islam.
  2. Allah SWT akan menurunkan bala secara menyeluruh sekiranya kezaliman itu tidak ditegah.
  3. Sesetengah manusia menyalah anggap dan menyalahtafsirkan sesetengah ayat al-Quran seperti ayat 105 dalam surah al-Ma’idah ini, mereka menganggap tidak menjadi kewajipannya menyuruh perkara makruf dan melarang yang mungkar, selama mereka mendapat hidayah mereka akan selamat walaupun manusia sekelilingnya bergelumang dengan maksiat.
  4. Umat Islam mesti bergabung tenaga, saling menasihati, saling pesan-memesan, mencari petunjuk Allah dan melaksanakan perintahnya, pasti akan selamat.
  5. Jika mendiamkan azab Allah menimpa ia merangkumi orang yang zalim kerana kezaliman dan orang yang tidak zalim kerana mendiamkan diri sedangkan dia mampu melarangnya.

soo... sekiranya kita ternampak orang yang berlaku zalim hendaklah 
kita menegur sesama kita... sekiranya hendak menegur biarlah dengan
sopan santun dan berbudi bahasa agar kita tidak makan kaki... O.o"

3 ulasan

shahdiana berkata...

nak menegur tu satu hal tapi memikirkan cara yang sesuai supaya tak tersentuh hati orang yang kena tegur tu satu hal pulak,,,

putryteya berkata...

Ni la Amal Maaruf Nahi Mungkar ! :)

Cendol berkata...

HAHA sekiranya kita mendapati pemerintah itu ZALIM maka jgn sokong ! HAHA mncegah kezaliman .

Dikuasakan oleh Blogger.