Tips Penjagaan Gigi Kanak-kanak



Penjagaan Gigi

Tips Penjagaan Gigi Kanak-kanak
1. Galakkan anak anda makan makanan berkhasiat.

2. Gunakan ubat gigi berfluorida. Sekiranya usia anak
anda kurang daripada tujuh tahun, letakkan ubat gigi
dalam jumlah kecil pada berus gigi mereka.

3. Berjumpa doktor gigi setiap enam bulan sekali
membantu mengatasi gigi rosak.
Lawatan pertama berjumpa doktor gigi seharusnya
bermula dari masa tumbuhnya gigi susu yang pertama
atau selewat-lewatnya menjelang umur setahun.

4. Jangan beli atau simpan stok snek di dapur
rumah, tetapi sebagai alternatif, ibu bapa boleh
menyediakan keropok atau potongan buah-buahan
sekiranya anak-anak mahu snek diantara waktu makan.

5. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang
menyeronokkan dan bukannya membebankan. Anda boleh
menyanyikan lagu atau buatkan aktiviti menggosok
gigi seperti satu permainan.

6. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian
memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula
menyudahkan pemberusan gigi.

7. Biar dia memilih berus gigi dan 
ubat gigi kesukaannya.

8. Jangan gunakan paksaan ketika memberus gigi
anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus
nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan
sehingga dia mahu memberus gigi.

Tips Penjagaan Gigi Kanak-kanak

sumber : surat khabar harian metro


2 comments

Zaidalifah Hussin said...

BAGUN PAGI GOSOK GIGI HI HI HI

DATANG BLOGWALKING DR SEGMEN ABG BEN... N FOLLOW BLOG U...

http://kumahuitu.blogspot.com

AbgferOz said...

zaidalifah : hihiih.. adeii abg ben ? ada ke url jiwarosak.com ?

Powered by Blogger.