Tangani Stres



Stres

Cara Tangani Stres

1. Ubah Suai Tempat Tidur Anda
- bermula setiap pagi dengan mewujudkan persekitaran tenang
didalam bilik tidur mampu memberikan emosi gembira kepada anda.
(menceriakan bilik anda)

2. Bawa makanan berkhasiat
- Sebelum keluar pada waktu pagi, apa kata anda pergi
ke dapur dan ambil buah-buahan seperti pisang, epal
dan anggur atau makanan ringan yang berkhasiat
seperti kacang, kismis atau kurma utk dimakan atau di
bawa ke pejabat.
3. Kemas Meja
-  mengurus meja supaya kemas, bersih dan teratur.
meja yang tidak kemas akan membuatkan anda hilang tumpuan,
sekaligus mengurangkan produktiviti.

4. Mendengar Muzik
- Kajian mendapati mendengar muzik bukan saja membantu
menenangkan jiwa, tetapi merendahkan tekanan darah dan
meningkatkan kegembiraan.

5. Menghidu Lemon
- Penyelidik Jepun mendapati bahan linalool yang terdapat
dalam lemon, mempunyai ciri-ciri antiradang dan
boleh mengurangkan tekanan manakala wangian selasih,
jintan manis dan lavender baik utk kesihatan.

6. Buat Akitivi regangan
- mengangkat tangan di kepala serta meluruskan kaki adalah
senaman ringkas dan berkesan mengurangkan tekanan. ini kerana
regangan membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan
tekanan pada otot.

7. Luahkan apa yang terbuku di hati
- ini boleh dilakukan dengan menulis perkara yang
membuatkan anda tertekan. Dengan cara ini dapat
mengurangkan masalah anda.

8. Mematikan peralatan elektronik
- merenung skrin komputer dan elektronik sepanjang
hari boleh menyebabkan anda kurang aktif dan tidak
bertenaga. jadi padamkan semua peralatan elektronik 
seperti telefon, laptop. Ini adalah penting
terutamanya membolehkan anda berehat dan 
bersantai sebelum tidur.

9. Senarai keutamaan
- kerja anda akan menjadi lebih muda sekiranya
anda menyenaraikan keutamaan. Ini membolehkan anda membuat 
susunan perkara yang perlu dilakukan dulu dan 
mengelakkan berlakunya penangguhan.

Cara Tangani Stres
Sumber : Harian Metro 18 April 2012
(dipendekkan sedikit tak larat nak taip penuh)


2 comments

Zul Fattah said...

masih bnyak yg perlu perbaiki.. haha.. mulakan dari yg first r..

Feroz Othman said...

zul : heee.. same la kita :)

Powered by Blogger.