Ganjaran Menahan Marah





Ganjaran Menahan Marah
Riwayat: Abu Daud dan at-Tirmidzi 
Hadith: 
Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”

Huraian Hadith: 
  1. Menahan marah adalah sifat yang baik dan dipuji.
  2. Menahan marah dan memberi kemaafan yang dijanjikan dengan ganjaran yang besar di sisi allah ialah yang dilakukan dalam keadaan seseorang itu mampu bertindak, kerana memberi maaf, disebabkan lemah dan tidak mampu bertindak balas tidak ada nilainya di sisi Allah.
  3. Kekuatan jiwa dan peribadi seseorang akan terserlah dalam situasi-situasi yang mencemaskan dan boleh menimbulkan kemarahan, iaitu dengan menguasai diri dan menahan marah.
  4. Allah SWT memuliakan orang yang sabar menahan marah.
  5. Di antara ganjaran Allah di akhirat terhadap hambanya yang bersifat sabar ialah bidadari syurga.
Sumber : Islam

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.