Menggadai Sebuah Keimanan kerana 20sen
Menggadai Sebuah Keimanan
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand
yang telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam
tetap di sebuah Masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan
baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pasa suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk
di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut
telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya
sebanyak 20sen.
Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20sen ini?" Imam bertanya
kepada dirinya."Ah...syarikat bas
ni dah kaya... setakat 20sen ni.. nak beli
tosei pun tak cukup," Kata Imam.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan
bas tersebut pun berhenti. ketika Imam ingin turun
sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan
dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah
pemandu bas sambil memulangkan wang 20sen.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20sen,"
kata Imam kepada pemandu bas.
"Ohhh..!! Terima Kasih !!! kenapa awak pulangkan 20sen ni..
kan sedikit saje nilainya," kata pemandu bas.
Imam menjawab," Wang tersebut bukan milik saya, sebagai
seorang muslim saya wajib berlaku jujur."
pemandu bas tersenyum dan berkata," Sebenarnya saya sengaja
memberi wang baki yang lebih sebanyak 20sen ni,
saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam.
Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam turun dari bas dan seluruh jasanya menggigil
dan kesejukkan. Imam berdoa sambil menadah tangan,
Astaghfirullah!!!
Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir
menjual harga sebuah Iman dengan 20sen!!!
p/s... mampukah Anda mengawal iman anda
untuk memulangkan wang tersebut.. ?
Sumber : Buletin Surau Bakti
Post a Comment