Apa Itu Demam Campak (Rubeola) ?





Demam Campak

Apa Itu Demam Campak (Rubeola) ?

Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

- Demam tinggi
- Batuk, selsema dan sakit tekak
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya
- Sakit otot
- Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

- Jangkitan pada telinga
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
- Jangkitan pada otak (encephalitis)
- Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :

- Panadol untuk mengurangkan demam
- Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
- Berehat dan minum air yang cukup.
- Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.


Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

6 ulasan

Fiza Nurani berkata...

Semua orang pasti merasainyaaaa. Dan sangat best, bila dapat cuti seminggu :)

Unknown berkata...

fiza : hahaha.. senget jew.. hihihi

Arra Ahmad berkata...

cuti memang best..tapi patut lmbat ilang.:)

Unknown berkata...

arra : jgan tak ilang dah la :P hihih

safinas berkata...

tengah mngidap dmam campk...hadoi sengsaranyer

guataulula berkata...

Gue rasa gue tgh kena demam campak ni. Pada pemahamam gue demam campak adalah demam ruam. Sporty red kat kulit dan macam miang yg akan buat kita asik nak menggaru saja. Gue kena kat perut....then...paha...later on kat blkg badan....pangkal tangan....lengan. aduh miang satu badan. Hanya baru hari ini gue tersadar, apakah ini demam campak lagi menyerang gue. FYI, gue dah kena 11 kali. Kalau ini demam campak, makna nye ini kali ke 12 gue kene. Kalau yg tumbuh biji2 dan ada air kat dlm nye, itu gue pun ada kene sekali saja. Nama nye demam pelentung(smallpox atau chickenpox agaknye). Itu ada ibu nye dan ibu tu akan meninggalkn parut. But over here, nak citer pasal demam campak atau ada setengah org kata demam ruam. Boleh jadi ada org akan ketawa kena demam campak sampai 12 kali. Tapi ini lah realiti yg terjadi. Imbas kembali cara2 nak atasi demam nie, kene byk berehat. Minum air byk. Tak boleh mandi, kene lap badan dgn tuala lembab sahaja. Tak boleh kena angin sangat.....nanti badan miang. Tak boleh garu dgn kuku. Guna gumpalan rambut ibu yg d ambil dari sikat, garu dgn gumpalan rambut tu. Kalau semua bintik2 merah dah keluar hingga nampak kat tapak tangan dan kaki, baru mandi dgn air cucian beras yg pertama tu. Jgn sabun...mandi dgn air beras tu saja. Kalau bintik2 merah lambat sgt nak keluar kat tapak tangan dan kaki, beli air sumbu badak....minum. nanti dia cepat keluar. Bila dah mandi air beras, cari air kelapa muda....minum pagi, tghari, ptg dan malam. Org kata air kelapa penawar racun. Kali ke 11 gue kena campak....mmmm....1976 tak silap gue. Masa tu ibu gue beli ikan belut. Ikan belut macam ular, badan nye sgt licin. Ibu potong badan belut, keluar darah. Darah tu kena lumur dari kepala gue sampai ke kaki gue. Makna nye gue mandi darah belut. Setiap inci badan gue kena mandi dgn darah belut. Pastu biarkan selama 10 minit. Kemudian baru bilas dgn air sahaja. Jgn sabun. Dah bilas dgn air, lap kering, pakai baju la. Belut yg di potong2 tadi, ibu gue gorengkan, dan kasi gue makan. Alhamdulillah, gue tak kena campak lagi lepas tu. Tapi tahun ni, 15.9.2012 nmpak gaya nye gue kena serangan demam campak lagi. Ibu gue yg potong belut dulu sedang baring d kerusi malas krn uzur. Gue udah jaga ibu selama 4 tahun. Makan minum gue suap. Mandi basuh badan nye gue lakukan. Sekrg gue kena pikir sendiri macam mana Mau rawat demam campak ini krn ibu gue sudah nyanyuk dan tidak ingat apa2 lagi. Boleh jadi, last resort kalau demam ini tidak kebah2, nanti gue terpaksa cari dan beli belut di kampung2 berdekatan utk gue lakukan upacara mandi darah belut sekali lagi. Semoga perkongsian ini ada menafaat pada pembaca di luar sana. Guataulula@yahoo.com

Dikuasakan oleh Blogger.