Apa Itu Buasir dan Penyebab





Apa Itu Buasir dan Penyebab

Apa Itu Buasir ?
Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di 
bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol 
keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di 
sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal 
dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu 
banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding 
vena darah teregang atau memberi dan membonjol. 
Kadangkala ianya boleh pecah.

Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran
Buasir Dalaman:
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal 
kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman 
tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari 
laluan najis semasa membuang air besar boleh 
mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya 
berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah 
cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan 
ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana 
darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti 
ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan 
gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. 
Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), 
bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia 
terasa amat sakit. 

Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini 
memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja 
salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya 
buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan 
sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun 
dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding 
dengan yang dahulunya.

Penyebab Utama Buasir
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat

Pencegahan Buasir
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas 
boleh mencegah anda dari buasir. 

Amalkan petua-petua berikut:
Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, 
sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan 
sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. 
Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat 
mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan 
atau ketika mengangkat sesuatu. 
Jangan menahan nafas anda.

Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, 
cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya 
terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

Jadikan sebagai satu peraturan: 
- Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. 
- Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, 
ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari 
diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. 
- Pastikan najis anda sentiasa lembut 

Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. 
Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi 
keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam 
ia boleh menjadi amat mengazabkan.

BILAKAH ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?
Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas 
sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa 
hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 
2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, 
anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang 
dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit 
keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai 
gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih 
berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, 
anda perlu berjumpa doktor.

PENGURUSAN SENDIRI
- Banyak meminum air sekurang-kurangnya 
1.5 - 2 liter sehari
- Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan 
yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti 
selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan 
gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) 
atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh). 

Apabila terdapat gejala-gejala tertentu 
(seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), 
berjumpalah doktor.

 Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

6 ulasan

eMMe berkata...

makaseh........kene jaga makan kan sebenarnye....

safurara berkata...

thanks for sharing.pas ni ber blog pon kena bangun2 gak.xleh duk je.hehe

AbgferOz berkata...

emme : hehehe.. tuh yg tak besh tuh :P

cikpuan rara : hehehe btoi2.. blogger slalu duduk lame2 sngat :P

BLOG KESIHATAN berkata...

ok juga maklumat tentang ini,sebelum ni x tau.

Unknown berkata...

maklumat yang berguna untuk kita tahu

Unknown berkata...

kalau dah jumpa,apa yang akan dokter buat??dia nak bedah ke??

Dikuasakan oleh Blogger.