Apa itu Cacing Jarum atau Cacing Benang ?
Apa itu cacing jarum atau cacing benang?
Cacing jarum atau cacing benang ialah sejenis cacing yang
sangat halus berukuran lebih kurang setengah inci panjang
dan tinggal didalam usus. Cacing jarum betina keluar dari
dubur pada waktu malam dan bertelur berhampiran
dengan kulit dubur.
Apakah ‘enterobiasis’ ?
Jangkitan cacing yang disebabkan oleh cacing jarum dikenali
Jangkitan cacing yang disebabkan oleh cacing jarum dikenali
sebagai ‘enterobiasis’. Suatu penyakit yang biasa berlaku
dikalangan kanak-kanak.
Bagaimanakah ia berjangkit ?
Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak menelan telur
cacing jarum. Seorang kanak-kanak mendapat telor cacing jarum
melalui pakaian tidor, cadar atau persekitaran kediaman
kanak-kanak lain yang telah dijangkiti. Apabila telah di
jangkiti kanak-kanak akan menggaru dikawasan dubur kerana gatal.
Telor-telor cacing jarum akan melekat dicelah-celah kuku.
Apabila kanak-kanak makan tanpa mencuci tangan dengan sempurna,
telur-telur tersebut akan masuk melalui mulut dan menjadi
cacing dewasa dan tinggal didalam usus.
Bagaimanakah ianya terjadi ?
Kebanyakkan kanak-kanak tidak mendapat apa-apa
tanda dan gejala. Namun ada juga kanak-kanak yang
mengalami kegatalan disekeliling dubur dan vagina.
Komplikasi Tempat-tempat yang digaru tersebut terdedah
Komplikasi Tempat-tempat yang digaru tersebut terdedah
kepada jangkitan bakteria sekunder disebabkan oleh terdedah
akibat kesan garukkan.
Bagaimanakah anda tahu anak anda dijangkiti cacing jarum ?
Terdapat cacing didalam najis anak.
Telur-telur cacing jarum akan dapat dilihat melalui pemeriksaan
dibawah mikroskop dengan cara melekatkan tape cellophane
pada kawasan dubur anak dan menanggalkannya semula.
Telur-telur cacing jarum akan melekat pada tape tersebut.
Pencegahan
– Mandi dengan kerap
– Gunakan cadar, pakaian dalam, pakaian tidur yang bersih.
– Basuh tangan dengan sempurna selepas ke tandas
– Mandi dengan kerap
– Gunakan cadar, pakaian dalam, pakaian tidur yang bersih.
– Basuh tangan dengan sempurna selepas ke tandas
dan sebelum menyediakan makanan.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Post a Comment