e-Penyata Gaji : Semakan Gaji Secara Online di Laman Jabatan Akauntan Negara ANM
Penyata Gaji : Semakan Gaji Secara Online di Laman Jabatan Akauntan Negara ANM. prosedur penggunaan Sistem e-Penyata Gaji dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Sekarang dah tiada lagi slip gaji seperti gambar di atas ini. Memang “legend” slip gaji ini. Teknologi dah bergerak cepat sekarang ini, jadi sistem di Jabatan Akauntan Negara ANM perlu sama-sama dipertingkat juga. Sistem e-Penyata gaji dari jabatan Akauntan Negara Malaysia ANM dilaksanakan pada tahun 2010 lagi.
e-Penyata Gaji : Semakan Gaji Secara Online di Laman Jabatan Akauntan Negara ANM
Jadi, sesiapa yang kerja kerajaan kena daftar e-penyata gaji untuk print penyata gaji.
Dengan adanya sistem e-penyata gaji ini, tiada lagi masalah :
- slip gaji hilang
- tertinggal ketika nak buat loan ker ataupun
- kelewatan menerima slip gaji seperti sebelum-sebelumnya.
- yang penting bila dah boleh buat semakan e-penyata gaji di laman Jabatan Akauntan Negara ANM memang dapat jimat banyak kos operasi
Kalau orang muda tiada masalah untuk menggunapakai sistem e-penyata gaji Jabatan Akauntan Negara ANM ini. Mungkin sedikit kekok sesetengah golongan yang agak berumur yang kurang mahir menggunakan Internet. Semoga tutorial ringkas ini membantu anda semua tidak kira orang baru mahupun orang lama bekerja dengan kerajaan :
- Laman jabatan Akaauntan negara Malaysia ANM berwajah baru sejak 3-4 bulan lepas semenjak dah bertukar AG yang baru.
- Jadi apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah dengan cara pergi ke laman Jabatan Akauntan Negara ANM, http://www.anm.gov.my
- KLIK tab e-Penyata gaji & laporan
- Dan akan terpapar paparan seperti gambarah di atas. Ruangan untuk akses masuk ke sistem e-penyata gaji & laporan milik anda sendiri
- Jika anda belum mempunyai akaun bagi e-penyata gaji, anda boleh mendaftarkan maklumat diri anda dengan cara KLIK pada link Pertama Kali Mendaftar
- Jadi akan terpapar halaman seperti di atas ini.
- Anda isikan maklumat seperti yang diminta.
- Mana ruangan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.
- Pendaftaran anda adalah berjaya sekiranya No.Kad Pengenalan/No Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No.Gaji yang dimasukkan adalah sah dalam sistem.
- Jadi selesai sahaja proses pendaftaran, anda perlu untuk akses masuk ke dalam sistem e-penyata gaji, masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau Kod Pengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam proses pendaftaran sistem sebelum ini dan klik butang Daftar Masuk
- Setelah berjaya daftar masuk, pada skrin yang dipaparkan seperti berikut, anda boleh klik pada submenu ”Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.
- Untuk memuat turun penyata gaji bulanan, klik pada submenu “Sendiri” di bawah menu “Penyata Gaji”. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:
- Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”. Jadual Penyata Gaji akan dipaparkan sekiranya penyata gaji bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian telah dimuat naik dalam sistem. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
- Selesai
Sistem e-Penyata Gaji : Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil
Bila ada sistem sebegini ramai yang ambil kesempatan & mata-mata yang memerhati & dahagakan wang anda. Apatah lagi dengan kos sara hidup di Malaysia yang melambung tinggi. Cuma, nasihat kami dan ini sangat penting.
- Gunakan kata laluan yang kuat (kata laluan yang sukar diteka oleh orang lain)
- Simpan kata lalun (password) anda dengan baik & jangan sesekali dedahkan kepada orang lain waima yang kita baik sekalipun.
- Ha…yang ini memang ramai yang buat. Jangan amalkan. Elakkan tarikh lahir sebagai kata laluan. Kenapa? Sebab senang nak ingat, bukan? Anda ada 2 pilihan sahaja, anda mahu akaun e-penyata gaji anda lebih selamat dengan guna password yang lebih sukar ataaupun hanya mahu menggunakan password yang lemah (tarikh lahir anda)?
- Simpan rapi e-penyata gaji yang sudah dicetak. Jangan letakkan di tempat yang terdedah.
Sumber daripada : Berita Semasa
Post a Comment