Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa TV3 Full Episod





Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa TV3 Full Episod. Suamiku Lelaki Pendosa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Eyra Rahman, dibintangi oleh Aaron Aziz, Sophia Albarakbah dan Gambit Saifullah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda, TV3 bermula 9 Februari 2022 menggantikan Kau Cipta Kasih.

Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa TV3 Full Episod


Drama bersiri 28 episod ini menampilkan pelakon – pelakon handalan iaitu Dato’ Aaron Aziz, Sophia AlBarakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Anne Abdullah, Michael Lean, Ungku Hariz, dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa. Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!

Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?

Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.

“You ni serius ke Dean dengan rancangan orang tua you? Atau kerana terpaksa saja?” - ANGGUN

“Syurga anak lelaki kan di bawah telapak kaki seorang ibu.” - DEAN ILYAS

Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.

Tapi bahagiakah Cahaya bersuamikan Dean?

“Kita jangan berpisah boleh tak? Saya sangat selesa kawan dengan awak. Baik, memahami, tak pandang jijik pada saya... Awak ikhlas.” – DEAN ILYAS

Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hari kerana Allah, bukan kerana insan yang tak sepatutnya.

Tapi, bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban separuh seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.

Mampukah kedua-duanya, menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?


Pelakon

Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas

Sophia Albarakbah sebagai Cahaya Malaika

Gambit Saifullah sebagai Izfairin

Aleza Shadan sebagai Wahidah

Fauzi Nawawi sebagai Firdaus

Maria Farida sebagai Datin Junaidah

Shima Anuar sebagai Anggun Dania

Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan

Hafeez Mikail sebagai Hael Idris

Faez Malek sebagai Jerry

Fiza Thomas sebagai Maya

Kael sebagai Nik Safri

Annie Mosha sebagai Balqis

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.