Senarai Penuh Bantuan PKP 3.0
Senarai Penuh Bantuan PKP 3.0. Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Bantuan PKP 3.0 telah diumumkan sebentar tadi 31 mei 2021 jam 9 malam secara langsung dilaman media sosial dan televisyen. Pelbagai jenis bantuan telah diumumkan kepada pelbagai sektor.
Senarai Penuh Bantuan PKP 3.0
📍Kerajaan umum pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0
📍Kerajaan setuju tambah peruntukan RM1 bilion bagi tingkat kapasiti dan perkukuh kesihatan awam - PM Muhyiddin
📍RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) - PM Muhyiddin
📍BPR Tambahan: Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 - RM5,000 terima bantuan RM300; golongan bujang akan menerima RM100 - PM Muhyiddin
📍BPR Tambahan: Isi rumah pendapatan bawah RM2,500 terima bantuan RM500 - PM Muhyiddin
📍BPR tambahan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung Jun - PM Muhyiddin
📍PM Muhyiddin saran agensi dan syarikat kerajaan tawar penangguhan bayaran balik pinjaman, diskaun sewa premis perniagaan
📍Bantuan khas one-off RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan bas persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing - PM Muhyiddin
📍Kerajaan lanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas - PM Muhyiddin
📍Kerajaan lanjut pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga 31 Dis - PM Muhyiddin
📍Gaji menteri, timbalan menteri selama tiga bulan mulai Jun akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19 - PM Muhyiddin
📍PEMERKASA Tambahan: 2 juta belia, penuntut IPT layak dapat kredit RM150 menerusi program e-Belia yang pendaftarannya dibuka esok - PM Muhyiddin
📍Pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang CKD dan CBU import dilanjutkan mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021 - PM Muhyiddin
Tonton Video Penuh Ucapan Perdana Menteri
Post a Comment