Ebit Lew Beri Sumbangan MyVi Kepada Ibu Tunggal





Ebit Lew Beri Sumbangan MyVi Kepada Ibu Tunggal. Ziarah ibu tunggal chinese Koh Kim Keok di Kota Bharu, saya hadiahkan kereta Myvi dan Tab serta sedikit duit belanja dan akan bayarkan sewa rumah setiap bulan. Gong Xi Fa Chai.

Ebit Lew Beri Sumbangan MyVi Kepada Ibu Tunggal


Masa sampai tadi kakak ini menangis. Saya dapat info yang keluarga ini susah dan dah lama tiada makan besar dan tiada sambutan tahun baru cina. Walau chinese non muslim tapi dia kenal saya. Katanya selalu berdoa nak jumpa ustaz. Hari ini tiba-tiba ada depan mata. Selepas kematian suami, kakak ini besarkan anak yang ramai seorang diri dengan kerja kedai kopi chinese. Masa pkp gaji sehari Rm20. Dulu Rm30. Sebulan dapat Rm600. Anak yang baju merah tu memeluk Islam dah lama. Tapi mereka hidup dengan penuh kasih sayang. 

Anak perempuan berhenti belajar Nursing kerana tiada duit untuk bayar ada yuran Rm800. Sedih lak dengar. Mula kerja kedai makan bantu keluarga. Saya cadangkan untuk sambung belajar semula. Kami akan tanggung yuran jika belajar semula.

Tiada kenderaan untuk hantar anak sekolah. Dulu ada kereta lama dah jual besi buruk. Saya  terus ajak beli kereta. Terus dapat tadi. Kereta Myvi. Menangis kakak gembira sangat. 

Terima kasih JKM ada beri duit bulanan. Terima kasih Yb dan Menteri. Terima kasih zakat. Terima kasih Penghulu dan ketua kampung. Terima kasih jiran dan masyarakat setempat. Terima kasih NGO tempatan. Terima kasih Media yang maklumkan pada saya. Terima kasih semua.


Semoga menjadi asbab kebaikan. Happy Chinese New Year. Selamat makan besar semua.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.