Tindakbalas Badan Anda Terhadap Stress





Tindakbalas Badan Anda Terhadap Stress. Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.

Tindakbalas Badan Anda Terhadap Stress



Pada permulaan, stress membantu anda untuk fokus, lebih bertenaga dan lebih alert. Contohnya semasa menghadapi peperiksaan, stress membantu untuk anda lebih belajar dengan lebih tekun.

Tetapi dalam keadaan yang berterusan, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk tubuh anda. Sekiranya stress berpanjangan, anda akan mula mengalami gejala gejala fizikal seperti sakit kepala, sakit tengkuk dan bahu, tengang otot dan sakit pinggang.

Sekiranya anda berada dalam keadaan stress dan mula alami gejala seperti ini, ia adalah tanda untuk anda mula berehat.

Kredit : Public Health Malaysia

Cara Mengatasi Stres – 10B– Bertenang– Bernafas dengan dalam– Berkata : Relaxlah…– Beribadat– Bercakap dengan seseorang– Berurut– Berehat dan mendengar muzik– Beriadah– Bersenam– Berfikiran Positif.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.