8 Kluster Baru Dicatatkan Dan 1141 Kes Baru
8 Kluster Dan 1141 Kes Baru Dicatatkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,144 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 59,061 kes (84.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
8 Kluster Dan 1141 Kes Baru Dicatatkan
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 4 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,141 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 70,236 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,799 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,138 kes.
Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 578 kes (50.7 peratus). Negeri Selangor dan Sabah masing-masing melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 320 kes (28.0 peratus). Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 256 kes (22.4 peratus).
Sebanyak 32 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (18 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (6 kes), Kluster Bakti (4 kes), Kluster PTS Sibuga (3 kes) dan Kluster Penjara Reman (1 kes).
Sehingga kini, terdapat 129 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Untuk makluman, tiada pertambahankes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal 376 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 4 Disember 2020, terdapat sebanyak 381 kluster telah dilaporkan termasuk lapan (8) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 193 kluster termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bandaran, Kluster Kolong, Kluster Ramai-Ramai dan Kluster Sentral. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 188 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Puteh Lama (159 kes), Kluster Teratai (62 kes) dan Kluster Tapak Bina Damanlela (58 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
- KLUSTER TAPAK BINA MUDA
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa, Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 346 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAPAK BINA GALERI
Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 232 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER BUKIT DALAM
Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-65320) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER CEMPAKA
Kluster ini melibatkan daerah Kulai dan Kluang di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-68003) yang merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SUNGAI CINCIN
Kluster ini melibatkan daerah Batang Padang di negeri Perak, daerah Segamat di negeri Johor dan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-67087) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER HUMA
Kluster ini melibatkan daerah Pasir Puteh dan Kota Bharu di negeri Kelantan. Kes indeks (iaitu kes ke-68020) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan kontak rapat. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN GENTING
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Bentong di negeri Pahang. Kes indeks (iaitu kes ke-66878) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020 hasil saringan tempat kerja. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER ATABARA
Kluster ini melibatkan daerah Kuantan dan Pekan di negeri Pahang. Kes indeks (iaitu kes ke-68017) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Post a Comment