Tips dan Petua Supaya Anak Pandai Bercakap





Tips dan Petua Supaya Anak Pandai Bercakap. Ada beberapa petua yang boleh dilakukan oleh ibu bapa supaya anak-anak pandai bercakap.Cipta perbualan dengan anak-anak, bagi mereka peluang untuk memberi respon, dan wujudkan aktiviti yang berulang supaya mereka dapat ‘pick up’ apa yang diajar.

Tips dan Petua Supaya Anak Pandai Bercakap



Kanak-kanak yang lambat bercakap tidak boleh dibezakan dengan jantina. Cepat atau lambat kebolehan bercakap itu, sebenarnya banyak dipengaruhi persekitaran, pergaulan dan aktiviti yang dijalankan bersama anak-anak.

Luangkan sedikit atau banyak masa bersama mereka untuk berkomunikasi bersama mereka dalam pelbagai cara samada melalui percakapan ataupun perbuatan mampu untuk mempengaruhi anak anda.

Anda boleh cuba untuk beberapa tips dan petua yang dikongsikan di laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antaranya :

  1. Memastikan kontak mata sewaktu komunikasi.
  2. Bercakap dengan suara berlagu.
  3. Bercakap tentang aktiviti seharian.
  4. Hasilkan peluang untuk komunikasi.
  5. Menggalakkan anak-anak mengambil giliran dalam komunikasi.
  6. Menggunakan ayat-ayat yang ringkas.
  7. Galakkan aktiviti fizikal dan aktiviti seni.
  8. Galakkan anak berdikari melakukan tugasan mudah.
  9. Wujudkan aktiviti yang berulang.

anda juga boleh baca artikel tentang anak lambat bercakap

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.