Penghuni PA/PPR DBKL Terima Sumbangan RM100
Penghuni PA/PPR DBKL Terima Sumbangan RM100. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui laman sesawang Facebook mengumumkan Inisiatif Walayah Cakna kepada penghuni PA/PPR DBKL sumbangan wang tunai RM100 bagi membantu penghuni mengharungi waktu covid-19 yang mencabar ini.
Penghuni PA/PPR DBKL Terima Sumbangan RM100
Penyaluran akan diberikan kepada penghuni yang mendiami Unit Sewa DBKL yang berdaar (PA/PPR, Kompleks Belia/Beliawanis, Rumah Panjang/Cluster dan Perumahan Bandar) untuk warganegara Malaysia. Sumbangan wang tunai bernilai RM100 bagi setiap unit rumah akan disalurkan melalui akaun bank masing-masing menggunakan kaedah autopay secara berperingkat.
Apa Yang Penghuni Perlu Lakukan ?
- layari laman sesawang : http://eperumahan.dbkl.gov.my dan membuat carian menggunakan No Kad Pengenalan.
- Setiap penghuni wajib mengunci maklumat yang tepat dan sah seperti berikut :
a) Nombor Kad Pengenalan
b) Nombor Akaun Bank
c) Nama Bank
d) Nombor Telefon
e) Email - Penghuni bo mengunci masuk maklumat seperti di Para 2 mulai 4 April 2020 sehingga 15 Mei 2020.
- Penghuni boleh menyemak status penyaluran sumbangan ke akaun masing-masing selepas 3-7 hari bekerja dari tarikh pengemaskinian.
Kesilapan memberikan maklumat atau maklumat yang tidak sah akan menyebabkan penyaluran sumbangan lewat atau tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan/aduan boleh hubungi : jpkkbcovid19@gmail.com
Post a Comment