Wanita Hamil Tak Disarankan Makan Telur Separuh Masak
Wanita Hamil Tak Disarankan Makan Telur Separuh Masak. Telur separuh masak merupakan antara makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia terutamanya untuk sarapan pagi dan makan petang dimakan dengan roti mahupun dengan kicap sahaja.
Wanita Hamil Tak Disarankan Makan Telur Separuh Masak
Hidangan telur separa masak seperti telur goyang, telur mata kerbau memang enak dan antara digemari ramai.
Namun ia mungkin kurang sesuai untuk dihidangkan kepada golongan berisiko seperti kanak kanak bawah 5 tahun, wanita hamil, warga tua dan individu yang memiliki lemah daya tubuh.
Telur yang tidak dimasak dengan sempurna mungkin dicemari dengan kuman Salmonella. Ia berlaku apabila kulit telur retak atau poros.
Telur adalah makanan yang kaya dengan nutrient, untuk keselamatan pastikan ia dimasak sempurna.
kredit : Fanpage Public Health Malaysia
Post a Comment