Mendaki Bukit Broga dan Gunung Tok Wan
Mendaki Bukit Broga dan Gunung Tok Wan. Bila sebut bukit broga pasti ramai yang pernah mendaki beberapa kali disini tapi bila sebut gunung tok wan pasti ramai yang tidak tahu atau belum pernah mendaki. Gunung tok wan juga mempunyai sejarah yang mana pernah ada kes sesat di gunung tok wan.
Mendaki Bukit Broga dan Gunung Tok Wan

Tak ingat jam berapa sampai di puncak broga dalam 1-2 jam sebabnya kitaorang banyak bergambar dan selfie sepanjang mendaki dan sewaktu tiba di puncak dah ada beberapa kumpulan pendaki yang sedang menuruni bukit broga.

Walaupun ada tanda-tanda di sekitar gunung tok wan tapi belum tentu semua jalan mempunyai tanda. Harus diingatkan pernah ada kes orang sesat di gunung tok wan. Langkah berjaga-jaga perlulah diambil bagi mengelakkan kes sama berulang.

sampai puncak dalam jam 11.30 tengahari. Sempat masak air makan bekalan dan lepak baring pulihkan tenaga sebelum muka kembali ceria untuk selfie dan bergambar.
Sampai jam 12.30 tengahari kitaorang ambik keputusan untuk turun kebawah sebelum cuaca menjadi semakin panas di puncak.
dari puncak gunung tok wan sampai ke kaki bukit broga kitaorang ambik masa yang agak lama sempat singgah di puncak broga lepak santai lagi dan akhirnya sampai di kaki bukit jam 4 petang. Bayangkan kulit terbakar sewaktu menuruni bukit broga yang kurang pokok tinggi.
Anda dinasihatkan bawa lebihan air untuk minum sekiranya plan untuk mendaki atau menuruni bukit waktu tengahari kerana cuaca boleh menjadi sangat sangat panas. Akhir kata enjoy hiking release tension.
Post a Comment