Lokasi dan Gambar Air Terjun Lata Kinjang Perak
Lokasi dan Gambar Air Terjun Lata Kinjang Perak. Alangkah ruginya anda sekiranya pergi ke Perak tak singgah di Lokasi Air Terjun Lata Kinjang Perak. Lokasi yang agak tersorok menyebabkan ramai orang masih tidak tau lokasi sebenar lata kinjang yang terletak di Chenderiang, Perak 18 km daripada Tapah.
Lokasi dan Gambar Air Terjun Lata Kinjang Perak

Keadaan yang aman, udara yang bersih dan air yang jernih pasti menawan hati anda untuk berkunjung ke lata kinjang kembali sekiranya anda singgah. Walaupun keadaan yang panas terik tengahari tidak membuatkan anda terasa panas disini kerana airnya yang sejuk dan dikelilingi oleh pokok pokok besar.

Menurut cerita warga tua lata kinjang, nama ‘kinjang’ berasal dari nama haiwan ‘kijang’ yang dulu banyak berkeliaran dikawasan ini. Orang Inggeris yang pernah datang memburu disini tersalah sebut nama ‘kijang’ yang berubah kepada ‘kinjang’ hingga nama lata kekal sampai sekarang.
Sekiranya anda ingin mengambil gambar menarik jangan lupa ambil gambar di jambatan yang terletak di pertengahan air terjun lata kinjang. Anda perlu mendaki dalam 10-15 minit untuk ke jambatan ini pasti tidak mengecewakan.


Post a Comment