Semak Online Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU SPR





Semak Online Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU SPR. Bilakah Tarikh Pilihan Raya masih jadi menjadi persoalan ramai dan Semak Online Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU SPR bagi mereka yang sudah mendaftar. Akan tetapi sudahkah kita mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan kita untuk mengundi pada pilihan raya akan datang ?

Semak Online Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU SPR

daftar pemilih pilihan rayaSetiap warganegara Malaysia adalah WAJIB mengundi kerana setiap undi menentukan masa depan Malaysia itu sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara bagi menyokong wakil rakyat yang mereka rasakan mampu untuk mengubah atau bekerja untuk rakyat dan Malaysia.

Siapa yang layak mendaftar sebagai pengundi ? Mereka yang layak mengundi adalah seperti yang tertera :
(a) Seorang warganegara Malaysia;
(b) Telah mencapai umur 21 tahun;
(c) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Bagi mereka yang BELUM MENDAFTAR boleh berbuat demikian

UNTUK PEMILIH BIASA
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
(a) Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b) Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d) Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e) Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Bagi mereka yang TELAH MENDAFTAR anda boleh semak pendaftaran anda di :

Semakan Daftar Pemilih INDIVIDU

Semakan Daftar Pemilih ISI RUMAH

Jadi apa tunggu lagi ? Daftarlah sekarang bagi membolehkan anda untuk mengundi pada pilihanraya akan datang. Tunaikan kewajipan anda sebagai RAKYAT MALAYSIA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.