Pusing Melaka dengan River Cruise Melaka
Pusing Melaka dengan River Cruise Melaka. Harga yang berpatutan menyebabkan kitaorang cuba untuk mengelilingi Melaka dengan menaiki River Cruise Melaka pada waktu malam yang dikatakan lebih menarik dan cantik dengan cahaya kiri dan kanan. Selepas beranikan diri untuk mendaki Sky Tower Melaka.
Pusing Melaka dengan River Cruise Melaka
Terletak di tengah bandar, Sungai Melaka atau River Cruise Melaka antara yang menjadi pilihan pelancong yang hadir ke Melaka sebagai tarikan yang ada di Melaka. Aku dan keluarga juga turut terpengaruh menaiki River Cruise Melaka dan kitaorang memilih untuk menaiki river cruise pada waktu malam.
Malam sabtu lepas kitaorang berkesempatan untuk menaiki River Cruise Melaka yang juga merupakan tarikan pelancong dan juga penduduk tempatan. Sewaktu tiba jam 8 malam sudah ramai beratur untuk membeli tiket bagi menaiki river cruise. Pelbagai bangsa dari pelbagai negeri turut hadir bagi merasakan pengalaman menaiki bot mengelilingi bandar Melaka.

Waktu Operasi : 9.00 am – 11.30 pm
Lokasi : Search Google “Melaka River Park and Cruise“
Harga River Cruise Melaka


Post a Comment