Mendaki di Bukit Dua Ringgit atau Bukit Sentosa
Mendaki di Bukit Dua Ringgit atau Bukit Sentosa. Minggu lepas berkesempatan mendaki bukit dua ringgit (2 ringgit) atau nama lain Bukit Sentosa yang terletak di bukit beruntung. Kenapa dua ringgit ? masih tidak pasti bila tanya pendaki disitu depa pun taktau sebab apa. Bukit Sentosa atau bukit dua ringgit ini boleh dijadikan port hiking selepas bukit broga ditutup.
Mendaki di Bukit Dua Ringgit atau Bukit Sentosa

Bagi menggantikan bukit broga saya cadangkan korang semua cuba mendaki bukit dua ringgit atau dikenali dengan nama bukit sentosa. Balik dari kerja shift malam terus bersiap untuk pergi hiking dengan kawan. Tak berani untuk mendaki tinggi-tinggi sebab kerja shift malam so kitaorang decide untuk hiking bukit 2 ringgit yang berketinggian 250 meter.
Jalan menghala ke bukit ini tidaklah terlalu jauh dan tidaklah terlalu dekat sebab masuk kereta member jalan sekejab dah tertidur mengantuk shift malam sampai sampai dah exit tol bukit beruntung dan dah dekat lokasi.. so taktau berapa lama masa diambil hahahaha..

Track memang dah sedia ada ikut sahaja jalan yang ada. Naik dan turun ikut jalan yang sama insyallah sepanjang jalan mesti jumpa orang kalau hiking hari minggu yang penting waktu hiking jangan cakap besar.



Lokasi : Bukit Beruntung, Rawang
Post a Comment