Cendol Durian Wangsa Maju Warisan Kak Aini
Cendol Durian Wangsa Maju Warisan Kak Aini. Aku memang hantu cendol lagi lagi cendol durian bila dapat tau ada cendol durian di wangsa maju kedai warisan kak aini apa lagi off day terus pelan dengan family nak makan cendol durian. Bila keluarga pun hantu cendol durian depa set ja.
Cendol Durian Wangsa Maju Warisan Kak Aini
pagi tadi off day aku makanya lepas zohor terus gerak ke wangsa maju guna google maps search Warisan Kak Aini terus jumpa dalam maps senang kerja. Daripada rumah dalam 22 minit terus gerak menghala ke Wangsa Maju melalui MRR2.
Sampai dalam dekat jam 3 petang hari dah start mendung kitaorang pilih tempat duduk dalam sedikit tengah sedap nak makan cendol durian tetiba hujan lebat. Arghh sudah makan cendol durian dalam hujan sejuk bebb.. nasib baik hujan sekejab ja so habis makan sekejab ja hujan pun berhenti.
Selain Cendol terdapat juga laksa, rojak, pulut mangga, pulut durian untuk dijadikan santapan bagi mereka yang tidak mengemari cendol durian.
Lokasi : Warisan Kak Aini, Seksyen 1 Wangsa Maju
Harga : RM 10 (ikut harga semasa)
Post a Comment