5 Tips Khusyuk Dalam Solat
5 Tips Khusyuk Dalam Solat. Mungkin mudah untuk solat 5 waktu sehari walaupun tak semua orang mampu lakukan tapi adalah lebih sukar untuk khusyuk dalam solat walaupun kita mampu untuk solat 5 waktu sehari.
5 Tips Khusyuk Dalam Solat
Disini saya kongsikan 5 tips khusyuk dalam solat agar memudahkan dan membantu kita untuk lebih khusyuk ketika solat yang sepatutnya mendekatkan kita dengan Allah SWT.
1) At-tafahhum – Memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya.
2) At-Ta’zim – Merasakan kebesaran Allah seolah olah berada dihadapnNya.
3) Al- Haybah – Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah dengan demikian rasa hebat terhadap Allah akan dapat dihasilkan.
4) Ar-Rajak – Mengharapkan Rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat yang kita lakukan akan diterima.
5) Al-Hayak – Merasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadapNya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadapNya.
Anda juga boleh rujuk artikel Cara atau Tips Khusyuk Solat
Post a Comment