Cendol Durian Shah Alam Seksyen 7
Cendol Durian Shah Alam Seksyen 7. Akhirnya selepas beberapa minggu mengidam dapat juga melepaskan gian pekena Cendol Durian Shah Alam Seksyen 7 antara yang viral selain Cendol Durian Seksyen 24.
Cendol Durian Shah Alam Seksyen 7

Harga Cendol Durian RM10 satu mangkuk dan sangat berbaloi bila mangkuk dia lebih besar dari biasa boleh kenyang terus bila mengadap sorang. Durian kira-kira 2-3 ulas semangkuk.
Isi dia memang banyak dan rasanya boleh tahan dari cendol biasa.
Sekiranya anda lihat pada gambar penuh mangkuk anda perlu makan sedikit dahulu kemudian baru kacau cendol tersebut untuk mendapatkan rasa cendol durian itu sendiri.
Sekiranya anda makan tanpa kacau anda mungkin kurang merasa durian pada cendol tersebut.
Saya kasi 4 ★☆★☆
Lepas pekena cendol terus menghala ke Pak Anjang Nasi Beriani Gam yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.
Post a Comment