Pengalaman Tawan Gunung Ledang
Pengalaman Tawan Gunung Ledang. Alhamdulillah sabtu lepas tertunai juga hasrat hati untuk mendaki gunung ledang antara gunung yang disebut-sebut antara gunung mencabar untuk didaki dengan ketinggian 1,276 meter yang terletak di daerah ledang. Gunung lagenda yang dikaitkan dengan Puteri Gunung Ledang.

Pengalaman Tawan Gunung Ledang
akhirnya guna google maps search taman negara gunung ledang sekejab ja dah jumpa. Sampai tapak gunung terus kelas barangan yang diperlukan untuk mendaki bawa yang penting sahaja terutamanya lampu suluh, air dan makanan.
Settlekan pendaftaran di kaunter yang mana anda kena bayar untuk guide, deposit sampah, doom sekiranya menginap. Selesai sesi pendaftaran terus buat senaman dan bacaan doa sebelum mula mendaki.




Macam biasa turun bukit lebih laju dari mendaki. Normal yang turun tak pernah perlahan. Waktu menuruni bukit beberapa orang terpelesok jatuh, cedera buku lali, lutut seterusnya melambatkan pergerakan untuk menuruni bukit. Sampai di tempat rehat guide mengarahkan kitaorang untuk pulang mengikut jalan yang telah sedia ada sekiranya mahu kerana mereka akan lama berehat kerana beberapa orang cedera.
Kumpulan kitaorang buat keputusan untuk meneruskan perjalanan mengikut jalan yang telah sedia ada gerak dalam 5.30 petang menuruni bukit seramai 6 orang agak mencabar dan menyeramkan apabila hari semakin gelap. 6.00 petang… 6.30 petang.. 6.50 petang.. hari semakin gelap terpaksa jalan menggunakan lampu suluh. Terpaksa lebih berhati-hati walaupun beberapa kali tergelincir dan terjatuh nasib tiada apa-apa..
Kisah Seram di Gunung Ledang
agak seram bila menghampiri jam 7 malam yang mana aku adalah orang yang terakhir dalam kumpulan berjalan di belakang memang agak mencabar kerana tiada orang dibelakang anda, anda adalah orang terakhir. Beberapa kali juga terasa ada orang berjalan belakang anda dan sesekali terasa seperti kelibat lalu tepi anda. Toleh belakang tiada orang bila berjalan terasa ada dibelakang. Fuuhhh seram beb.. ingatkan aku sorang ja terasa rupanya member depan pun sama siap cakap dengar suara sayu sayu lagi.. arghh sudah.. (waktu makan malam dia cerita)
dalam 5-10 minit sebelum azan sekali lagi aku terjatuh dan kali ini teruk sedikit aku tergelincir dan buku lali cedera jatuh sehingga terbaring nasib baik ada bandage terus balut ketat-ketat sebelum meneruskan perjalanan menuruni bukit. Walaupun agak sakit tapi tetap meneruskan perjalanan sebab hari semakin gelap agak seram duduk lama-lama dalam hutan.
Alhamdulillah dalam perjalanan turun terjumpa guide menanti dihadapan menunggu kami untuk turun bersama. 7.30 malam.. 8.00 malam.. 9.00 malam.. beberapa kali ambik take 2 untuk minum dan hilangkan sakit kaki. Tak boleh rehat lama takut krem kaki. Akhirnya jam 9.30 malam kitaorang tiba di kaki bukit.
Syukur sangat selamat sampai walaupun agak keletihan tapi alhamdulillah semuanya selamat tiba dan tiada kecederaan yang serius melainkan perut yang lapar.
Siap-siap mandi terus keluar pergi kedai makan sekitar tangkak yang buka sehingga jam 2 pagi kata guide.
Balik dalam kul 12.30 ambik bag menuju ke bilik kunci tertinggal di kereta patah balik ambik kunci try buka kunci tapi tak boleh pergi ke pejabat tapi dah tutup try beberapa bilik lain tapi takdapat buka juga. Akhirnya ambik keputusan untuk tidur di dewan terbuka berhampiran bilik. Bentang tikar terus tidur malas nak fikir banyak..
Post a Comment