Kisah Tanggungjawab Ayah Terhadap Anaknya
Kisah Tanggungjawab Ayah Terhadap Anaknya
Ustaz ingin kongsikan suatu cerita yang boleh memberi inspirasi kepada seluruh anak-anak :-
Pagi tadi:
Pergi ke bank, utk menguna cash deposit ATM. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.
“Nak, boleh tolong saya?”
“Ya, boleh pakcik”
“Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong. Hari ini pegawai tu takde,Cuti gamaknye..”
“Duit untuk anak pakcik ya?”
“Ya…dia belajar di Selangor – UITM “
Duit dimasukkan untuk anak pertama.Berjaya.
Jumlah yang sama tapi kali ini ada rm10, 5 keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yang rm100 keluar semula. 2kali.
‘Pakcik ada duit lain?”
“Tak ada nak”
Sempat mata ini menjeling ke dalam pouch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal RM7.00 sahaja.
Hati mula tersentuh.Cuba lagi masukkan.Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega seronok terlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan..
Ingin kutahu dia naik apa..
Motor atau …
Dalam hujan renyai,awan mula bergerak laju…
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kepada pakcik itu.
RM400 untuk 2 orang anak.
Sikit untuk dirinya memadai..
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk Pakcik itu
Kepada semua pelajar:
*Belajarlah sungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa kita..
Tersentuh kisah ini…Ada sesetengah anak-anak yang lupa bahawa, ayahnya di kampong sanggup tiada berduit asalkan anaknya di Menara Gading itu tidak menghadapi masalah kewangan.Ada ayah yang cuma menaiki basikal atau bas dan anaknya dibelikan motor untuk kemudahan.Usah mensia-siakan pengorbanan itu. Semasa hari minggu duduklah dibilik dan study. Tak payah ikut kawan-kawan keluar merayau ke pusat bandar dan jalan-jalan di Mid Valley, The Mine atau dan lain-lain.
Wallahuaklam
Sumber : Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff
Post a Comment