Faktor dan Kesan Anoreksia
Faktor dan Kesan Anoreksia
Faktor penyumbang kepada Anoreksia :
* Rasa rendah diri
* Berasa tiada kawalan terhadap diri sendiri.
* Murung, resah, marah atau sunyi.
* Menghadapi masalah rumah tangga atau hubungan sosial.
* Tidak mampu meluahkan perasaan dan emosi.
* Mempunyai sejarah diejek kerana bentuk atau berat badan.
* Pernah mengalami penderaan fizikal atau seksual.
* Mengalami tekanan persekitaran yang terlalu mengutamakan keperluan berbadan kurus.
* Tanggapan masyarakat yang masih menilai kecantikan melalui bendtuk badan dan bukan kebaikan seseorang.
Kesan Anoreksia :
* Berat badan menurun antara 25 hingga 50 peratus daripada berat badan sepatutnya.
* Hilang selera.
* Mengalami luka pada kerongkong dan jangkitan pada saluran pencernaan kerana sering muntah.
* Badan berasa lemah, tidak bermaya dan sukar menumpukan perhatian.
* Mempengaruhi emosi dan psikologi seperti tidak yakin pada diri sendiri, tidak mahu berkawan dan kekok berhadapan masyarakat.
* Boleh membawa maut.
Faktor dan Kesan Anoreksia
sumber : HMetro – 11 Mac 13
Post a Comment