Tips Memujuk Pasangan Merajuk





kucing comel merajuk
kucing comel merajuk

Tips Memujuk Pasangan Merajuk

ada banyak tips dan cara untuk memujuk pasangan yang merajuk.. tapi tak semua berkesan dan boleh digunakan.. semuanya bergantung kepada reason si dia merajuk dan situasi dia merajuk.. tapi kat sini admin nak sharekan sedikit sebanyak tips memujuk pasangan merajuk yang boleh anda gunakan untuk memujuk si dia yang sedang merajuk..

1. Bincang – cuba ambil tahu punca masalah dan menyakitkan hati si dia hingga merajuk hati. Biasanya kekasih tak akan merajuk jika hatinya tidak disakiti.

2. Tempoh Bertenang – Berilah dia dan kamu tempoh bertenang. Bila kedua-duanya sudah kembali normal, bincang dengan baik.

3. Adil – Bila kekasih merajuk pasti hatinya tercalar. Berlaku adil padanya dengan memberi dia peluang meluahkan apa yang terpendam di dada agar hubungan kembali pulih.

4. Hadiah – Walaupun hanya bunga atau coklat untuk memujuk, tak salah memberi tanda kita mengaku bersalah dan tanda berusaha memujuk.

5. Mengalah – Kadang-kala bila bertengkar si dia merajuk. Tak salah kita mengalah mengaku yang kita salah walau jauh dalam hati kita merasa dia yang bersalah. Nanti bila keadaan sudah pulih perbetulkan kesilapan dia dan tegurlah dengan berhemah dan lembut.

6. Telefon – Bila kekasih merajuk, telefon dan hubungilah dia agar dia tahu dirinya dihargai. Ramai terutamanya lelaki bila kekasih merajuk mereka berdiam diri konon nak bagi si dia bertenang. Tapi cara itu buat si dia rasa tak dihargai sebenarnya.

7. Ajak Makan – kadang-kadang orang lapar ini mudah naik angin. Apa kata kita ajak si dia makan dulu. Mungkin lepas makan mereka akan mudah dipujuk.

8. Peluk Erat – Bila suami atau isteri merajuk peluk mereka erat-erat. Cara ini dapat meyakinkan bahawa dialah satunya insan kesayangan hati, tiada yang lain. Tapi yang tak nikah lagi, jangan peluk-peluk.(HARAM)

9. Yakinkan – Perlakuan dan tindakan yang tidak meyakinkan kadang-kala buat si dia merajuk hati. Dalam tiap tindakan, lakukan dengan yakin dan betul barulah dia pun yakin dirinya disayangi.

10. Tulis Surat – Usahakan menulis surat, mesej atau hantar e-mel kepadanya memujuk dan minta maaf jika bersalah. Mungkin dia tak mahu berkomunikasi dengan telefon atau bertemu muka, jadinya cara ini adalah terbaik bagi meleraikan kekusutan yang terjadi.

Tips Memujuk Pasangan Merajuk

sumber : HMetro – 25 Feb 13

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.