Jenis Makanan Merangsang Otak
Jenis Makanan Merangsang Otak
Masalah lemah daya ingatan atau mudah lupa sering dikaitkan dengan mereka sudah berusia lanjut. Namun, factor ibuk dan tidak jaga pola pemakanan turut menyebabkan golongan muda menjadi pelupa.
Menurut jurucakap bagi American Dietetic Association (ADA), Bethany Thayer, otak adalah organ pertama yang menyerap nutrisi daripada makanan dimakan.
Oeleh itu, kajian menunjukkan, menerusi pengambilan makanan secara tidak dapat menyalurkan nutrisi tambahan bagi menguatkan daya ingatan. Antara makanan itu ialah kacang soya, sayuran, buah-buahan, zat besi, minyak ikan, nuah kurma, anggur hitam, madu lebah, halia, ikan tuna, tempe, air soya dan vitamin B.
Amalkan pemakanan sihat untuk meningkatkan daya ingatan. Engan menjaga pemakanan seimbang akan membantu mempengaruhi perkembangan otak, sekali gus membentuk peribadi cemerlang menjalani rutin kehidupan dengan ceria dan sempurna.
Bayam
Pengambilan bayam tiga kali sehari mampu mengembali dan menajamkan daya ingatan. Ini kerana daunnya yang hijau gelap tinggi dengan kandungan mineral dan vitamin seperti vitamin E dan K.
Susu dan yogurt
Susu dan yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat bertukar sebagai sumber tenaga bagi keperluan otak. Dua jenis nutrisi ini penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim kerana makanan dari produk susu mengandungprotein dan vitamin B tinggi.
Selain itu ia juga dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang bagus untuk merangsang pertumbuhan badan serta otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas usu pada sebelah pagi dan malam kerana ia turut berkhasiat untuk merawat kesihatan umum.
Madu
Madu adalah makan sangat berkhasiat dan mengadungi pelbagai zat galian penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum dan belerang untuk kesihatan fizikal dan mental. Malah, berkesan merawat penyakit mental menghindarkan kepenatan otak berkerja seperti berfikir, membaca serta merancang.
Kacang merah
Kandungan vitamin B1 dalam kacang merah dikatakan, amat diperlukan otak terutama untuk proses sintesis asetilkolina mempengaruhi ingatan dan kekurangannya. Ia juga mampu menyumbang kepada faktr kecacatan fungsi mental berkaitan dengan peningkatan usia.
Daging burung merpati
Daging ini banyak digunakan oleh pengamal bijak pandai Islam dan Melayu dulu kala. Kekayaan kandungan protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori amat efektif meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Telur
Pakar kesihatan mengakui, telur makanan bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi. Air, serta bahan aktif tambahan.
Bahagian kuning telur padat dengan kandungan kolin, atau zat membantu perkembangan memori dan daya ingat serta berupaya mengatasi masalh kelemahan tenaga fizikal serta minda.
Salmon
Ikan salmon berlemak dikatankan makanan berkhasiat untuk otak kerana kekayaan lemak omega-3 DHA dan EPA.
Semua itu penting bagi merangsang pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak.
Beri
Amalan memakan beri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia. Ini kerana semua jenis beri seperti beri hitam, beri biru, strawberi, rasberi, kranberi dan ceri kaya dengan nutrisi berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak.
Coklat
Kelebihan kandungan antioksida di dalam coklat merangsang aliran darah ke otak. Secara tidak lngsung otak akan lebih berfungsi menerima data.
Coklat juga kaya dengan kandunga kafein memberi ketajaman minda. Cuba amalkan sekurang-kurangnya satu pertiga auns sehari dan lihat hasilnya.
Oat
Oat kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B dan potassium, omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak.
Bijirin itu juga mengandungi serat agar membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.
Halia
Penggunaan halia dalam masakan atau dimakan mentah amat mujarab untuk mengatasi lupa atau alpa. Ia juga berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk atupun gatal-gatal.
Kismis
Kismis mengandungi zat besi membina darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembap dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan saja boleh dimakan begitu saja, tapi dimasukkan dalam masakan.
Sumber : Berita Harian – Khamis, 14/02/2013
Oleh: Fatin Hafizah mohd shahar
Post a Comment