Derma Rm200 ke Tabung Surau





Derma Rm200 ke Tabung Surau

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama.
Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan
memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan
memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum.
Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga.

Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu .
Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya
dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu
“Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh
dari beg duit encik tadi”.

p/s… agak² rizal ambik balik tak duit tuh.. ? hihihih..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.