Masalah Air di Kuala Lumpur





Masalah Air di Kuala Lumpur

alahai dah masuk seminggu masalah air kat kawasan Ampang ada masalah..
nasib baik tinggal di kawasan rumah teres so still ada air walaupun perlahan berbanding
mereka² yang tinggal di flat or kawasan kondo yang terpaksa turun ke bawah
untuk menadah air dan mengusung kembali ke rumah..
isk isk isk.. seminggu sudah masalah ini berlarutan..

KUALA LUMPUR - Sebanyak 107,760 akaun pengguna membabitkan setengah juta isi rumah di sekitar Lembah Klang terpaksa menghadapi krisis bekalan air yang dijangka berlarutan selama seminggu sehingga Selasa depan.

Gangguan bekalan air yang melibatkan pengguna di daerah Gombak dan sebahagian kawasan di Kuala Lumpur itu berpunca daripada kegagalan sistem pam di dua lokasi berasingan iaitu di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi dalam keadaan melebihi kapasiti mencecah 220 juta liter sehari (JLH) berbanding kapasiti asal reka bentuk sebanyak 136 JLH manakala rumah pam Pudu Hulu Baru pula gagal berfungsi ekoran kerosakan papan suis utama.
sumber : Kosmo



dengan pertambahan penduduk dan penggunaan air yang tidak dikawal
menyebabkan kegagalan sistem pam.. so kepada mereka² yang suka membazir air tuh
harap² lepas ni boleh berjimat.. takyah nak mandi sangat sampai 1jam (ada kan kan kan..)
dan diharap lepas ni pihak terbabit dapat cari alternatif lain untuk mengelakkan lebihan kapasiti
agar tidak terjadi lagi kegagalan sistem pam dimana² lokasi rumah pam..
..cayok cayok cayokk..


8 ulasan

Myvitrd berkata...

sofar dekat rumah aku ok lagi.. masih selamat.. hehehe

AbgferOz berkata...

myvi : umah ang kat mane ?

Unknown berkata...

kat area bangsar pon ok lg..harap2 ok ler smp bila2...

Potia Casadelarossa berkata...

aku dah 1 week mengemis air bandar permaisuri cheras... mandi pun mandi dlm besen... air jatuh dlm besen cedok blk mandi blk... toilet dah lama tak flush... dah ramai dah POOP dlm mangkok.... ekeke nasib opis kat ampang ada air... blh lah mandi2 p.ramlee kat opis... ekeke

Unknown berkata...

cahaya : waaa untung la still ada air..

potia : hahaha naseb umah den ada tangki so air mandi tuh tada msalah agi.. cuma nak membasuh pinggan or tngan tuh masalah sket..

Solehah Shamsuddin berkata...

kesiannya xd air. harini mandi ke x?hehe :)

AbgferOz berkata...

solehah : heee mandi ok.. tangki ada.. cuma nak basuh baju dan pinggan air agak slow..

Tanpa Nama berkata...

umah abg dekat ngan umah mas gak kan?

kena ke?
umah mas tak kene..allhamdullilah

Dikuasakan oleh Blogger.