Masalah Air di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR – Sebanyak 107,760 akaun pengguna membabitkan setengah juta isi rumah di sekitar Lembah Klang terpaksa menghadapi krisis bekalan air yang dijangka berlarutan selama seminggu sehingga Selasa depan.
Gangguan bekalan air yang melibatkan pengguna di daerah Gombak dan sebahagian kawasan di Kuala Lumpur itu berpunca daripada kegagalan sistem pam di dua lokasi berasingan iaitu di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.
Rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi dalam keadaan melebihi kapasiti mencecah 220 juta liter sehari (JLH) berbanding kapasiti asal reka bentuk sebanyak 136 JLH manakala rumah pam Pudu Hulu Baru pula gagal berfungsi ekoran kerosakan papan suis utama.
sumber : Kosmo
dengan pertambahan penduduk dan penggunaan air yang tidak dikawal
menyebabkan kegagalan sistem pam.. so kepada mereka² yang suka membazir air tuh
harap² lepas ni boleh berjimat.. takyah nak mandi sangat sampai 1jam (ada kan kan kan..)
dan diharap lepas ni pihak terbabit dapat cari alternatif lain untuk mengelakkan lebihan kapasiti
agar tidak terjadi lagi kegagalan sistem pam dimana² lokasi rumah pam..
..cayok cayok cayokk..
Post a Comment