Persoalan Mandi Wajib





Persoalan Mandi Wajib


Rukun Mandi Wajib

Soalan
saya ada satu soalan tentang rukun mandi wajib...adakah menghilankan kotoran atau menghilangkan najis??

Jawapan
Rukun mandi wajib hanya ada dua iaitu pertama, niat dan kedua, meratakan
air ke tubuh. Yang lain-lain daripada itu adalah sunat. Melakukannya
mendapat lebih pahala.

2. Lendiran yang keluar selepas mandi wajib tidak perlu diulang mandi
tersebut, cukup

Perkara Fardhu / yang wajib dikerjakan ketika mandi wajib ialah:
a) berniat
b) menghilangkan najis yang melekat di badan
c) menyampaikan air ke seluruh badan (ke semua kulit dan rambut)

2. Cara-cara mandi wajib termasuk perkara-perkara sunat ialah:
a. Membaca 'Bismillah' ketika akan mandi
b. Mengambil wudhuk sebelumnya sebagaimana amalan Nabi s.a.w
c. Melalukan tangan di atas seluruh badan (menggosok-gosok) bagi
menghilangkan kotoran yang melekat.
d. Mendahulukan membasuh yang sebelah kanan dari sebelah kiri
e. Menutup aurat di tempat yang tersembunyi seperti dalam bilik mandi..


Soalan
saya mempunyai masalah tidak lawas . semasa air mani terkeluar , saya terus mandi wajib dan ketika mandi wajib telah terkeluar sedikit air mani . adakah saya perlu niat semula atau teruskan saja mandi wajib tersebut? saya telah teruskan saja mandi wajib tersebut..adakah sah mandi wajib saya?

Jawapan
Dalam keadaan ini, anda tidak perlu untuk ulang semula niat mandi wajib tersebut.
Ini adalah kerana air mani yang keluar itu adalah saki baki air mani yang tidak habis keluar semasa anda merasai kenikmatan sebentar tadi.
Ringkasnya, tindakan anda adalah tepat dan anda hanya perlu membersihkan diri anda sahaja daripada saki baki air mani tersebut dan teruskan mandi hingga selesai. Wallahu 'alam.


Sumber : Islam

4 ulasan

Cik Fie berkata...

owh camtu ye :)

Unknown berkata...

cik fie : gitu la gamak nya.. :)

wisata bakti alam berkata...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT. Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Unknown berkata...

nice info..thank for sharing..

Dikuasakan oleh Blogger.